Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.
KOTA BHARU 24 Mac - Seorang warga emas yang mengusahakan tanaman kulat ditemui mati selepas dipercayai terkena kejutan elektrik ketika berada di dalam bangsal di belakang rumahnya di Kampung Pintu Geng, dekat sini, petang semalam.
MACHANG 24 Mac - Razali Md. Din terlantar di rumah di Kampung Pek dekat sini selama enam tahun setelah diserang penyakit saraf dan hari-hari yang dilaluinya bersendirian itu dirasakan begitu menyiksakan.
KOTA BHARU 24 Mac - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas kain sarung batik dan pakaian jeans bernilai RM21,000 yang dipercayai diseludup dari Indonesia untuk pasaran negeri ini, di sini semalam.
PASIR PUTEH 24 Mac - Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Kelantan memberi amaran kepada anggotanya terutama di kawasan sempadan supaya tidak bersekongkol dengan warga asing dalam kegiatan memburu haiwan yang dilindungi.
KOTA BHARU 24 Mac - Jumlah kutipan hasil Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kelantan sepanjang tahun lepas berkurangan sebanyak 1.7 peratus iaitu RM28.577 juta daripada sasaran RM29.070 juta.